Pages

Saturday, January 30, 2016

55 PELAJAR KURANG MAMPU DIBANTU


55 pelajar kurang mampu dibantu


Jelebu - Seramai 55 pelajar terdiri daripada golongan asnaf dari tiga buah sekolah di sini dipilih menerima sumbangan dan bantuan kewangan menerusi program Generasi Gemilang Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

Program anjuran Rural Capital Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Timbalan Pengarah Mara negeri, Mohd Fadil Senan berkata, skim bantuan persekolahan itu diberi secara sekali gus atau one off sebanyak RM200 kepada pelajar kurang kemampuan.

Beliau berkata, skim itu juga berperanan dalam membantu memberi galakan kepada pelajar untuk terus mempertingkatkan prestasi akademik mereka.

“Kita mahu pelajar yang kurang berkemampuan ini menjalani aktiviti persekolahan seperti biasa, selain boleh menjadi pelajar terbaik di peringkat sekolah.

“Harta kekayaan hanya boleh dicari dengan ilmu pengetahuan yang tinggi. Oleh sebab itulah saya menasihatkan kepada semua pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh demi mengubah nasib serta masa depan mereka agar lebih cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Generasi Gemilang YPM dengan kerjasama Mara di Sekolah Menengah Dato' Undang Musa Al-Haj, Kuala Klawang, di sini, kelmarin .

Turut hadir, Adun Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Pengurus Bahagian Pembangunan Dana YPM, Zainal Rashid Zakaria.

Sementara itu, Zainal Rashid berkata, antara pengisian lain yang berada di bawah program berkenaan adalah program Transformasi Kecemerlangan Pelajar, Skim Anak Angkat dan Skim Bantuan Persekolahan di bawah pembangunan modal insan YPM.

Beliau berkata, pengisian itu dilakukan secara menyeluruh di negara ini bagi memastikan pelajar kurang berkemampuan itu terbela nasib serta masa depannya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor