KAHERAH - Seorang suami sanggup menikam isterinya sebanyak 17 kali kerana mendakwa tidak tahan dengan sikap wanita itu yang sering melayari Facebook sehingga mengabaikannya, lapor Emirates 24/7.
Lelaki berkenaan ditahan selepas menerima laporan dari abang mangsa yang mendakwa adik perempuannya ditikam beberapa kali di kediaman mereka yang terletak di timur Mesir.
"Suami wanita itu bertindak membunuh mangsa kerana tidak tahan dengan sikap isterinya yang lebih suka melayari laman Facebook berbanding melayaninya dan tidak menghiraukannya," sumber polis berkata yang dipetik akhbar tempatan.
Sementara itu, memetik stesen TV tempatan, ibu mangsa berkata, anaknya itu tetap meneruskan perkahwinan dengan lelaki itu walaupun dia tidak merestuinya.
" Saya tidak menghadiri perkahwinan dia. Saya hanya melihatnya pada hari perkebumiannya," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor