Pages

Monday, January 11, 2016

[BENTONG] TIADA RIZAB TANAH ORANG ASLI DICEROBOH


Pencerobohan tanah secara haram berhampiran kampung Orang Asli Kampung Sungai Gabong di sini bukan dilakukan di tanah rizab Orang Asli, sebaliknya dilakukan di tanah milik kerajaan.

Pegawai Daerah Bentong Datuk Azhar Arshad berkata pihaknya juga tidak memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk membuka atau mengusaha tanah itu selain tiadanya projek kerajaan di situ.

"Tanah ini adalah peninggalan lombong bijih timah dan telah dijadikan sebagai tanah kerajaan semula. Memang kami terima banyak permohonan (bagi tanah itu), namun belum ada keputusan dikeluarkan," katanya.

Azhar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437H/2016M Peringkat Daerah Bentong di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Beliau diminta mengulas dakwaan penduduk Orang Asli Kampung Sungai Gabong bahawa tanah seluas kira-kira 20.2 ekar yang diusahakan dengan pelbagai tanaman telah diceroboh dan dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek pam pasir.

Menurutnya masyarakat Orang Asli sepatutnya menemui pihak Pejabat Tanah Bentong bagi memudahkan penceroboh berkenaan ditahan.

Azhar memberi jaminan pihaknya akan memantau tanah-tanah di daerah ini bagi mengelak berlakunya pencerobohan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor