Pages

Tuesday, December 15, 2015

PKR PANTAU KERJASAMA UMNO DENGAN PAS

Rafizi



KUALA LUMPUR - PKR mengakui pihaknya sedang memantau sejauhmana kerjasama antara Umno dengan Pas.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ini kerana Pas masih mempunyai kerjasama (tahalufsiyasi) dengan PKR.

"Kita memantau segalanya-galanya (kerjasama antara Umno dengan Pas)," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini pada Persidangan Agung Umno, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak‎ menghulurkan tali silaturahim kepada Pas untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

Ditanya mengenai kesan terhadap Pakatan Harapan, Rafizi berkata sekiranya ia benar-benar berlaku, pihaknya akan berhadapan dengannya.

Sementara itu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu turut serta pada majlis tersebut ketika ditanya mengenai kerjasama antara Umno dengan Pas berkata, ia terpulang kepada kedua-dua parti untuk membuat keuputusan.

Katanya lagi, beliau tidak tahu apa yang direncanakan oleh Najib melalui usaha kerjasama kedua-dua parti berkenaan.

"Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala Najib, terserahlah kepada Umno dengan Pas untuk buat keputusan," katanya.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor