Pages

Monday, December 21, 2015

[KUANTAN] POLIS PAHANG TERIMA 60 URB BAHARU

Polis Pahang terima 60 URB baharu



Sebanyak 60 motosikal CBR 250 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) diterima polis Pahang yang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 158 buah.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang, Datuk Jamaludin Kudin berkata, kehadiran anggota URB di kawasan perumahan bukan sahaja dapat mengekang kejadian jenayah, malah menjadikan hubungan dua hala antara polis dan masyarakat seiring.

Menurutnya, maklumat berkaitan kejadian jenayah setempat mudah diperoleh menerusi pendekatan ini.

“Baru-baru ini, URB Kontinjen Pahang dibekalkan sebanyak 50 Unit Remote Video Recorder ataupun bodycam untuk kegunaan tugas anggota URB di empat daerah iaitu Temerloh, Kuantan, Rompin dan Pekan.

“Pemakaian bodycam ini adalah untuk merakam pergerakan tugas dilaksanakan anggota URB yang mungkin boleh digunakan sebagai persediaan menjawab sebarang masalah berkaitan penugasan seperti penyalahgunaan kuasa rasuah dan sebarang tohmahan tidak berasas daripada orang awam,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pengendalian Motosikal CBR 250 URB Siri 1/2015 Kontinjen Pahang, kelmarin.

Beliau dalam pada itu berharap unit URB dapat diperluas ke semua daerah dalam Kontinjen Pahang tidak lama lagi.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor