WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Calon presiden mewakili parti Demokrat, Hillary Clinton mendakwa kumpulan militan IS menggunakan retorik anti-Islam jutawan hartanah, Donald Trump untuk merekrut anggota baharu.
"Calon parti Republikan itu telah menjadi perekrut terbaik IS kerana rakaman videonya menghina Islam akan digunakan sebagai medium untuk merekrut lebih ramai ekstremis
"Kita perlu memastikan segala mesej berbaur diskriminasi yang dilontarkan oleh Trump tidak sampai kepada pihak yang salah," katanya ketika debat, kelmarin.
Menurutnya lagi, gesaan calon presiden parti Republikan itu supaya menyekat kemasukan orang Islam ke Amerika Syarikat (AS) turut digunakan oleh kumpulan fanatik dan militan lain seperti al-Qaeda untuk menarik perhatian anggota baharu.
Difahamkan, pesaing Trump juga menggunakan kenyataan kontroversi beliau untuk meningkatkan serangan provokasi ke atasnya selain beberapa konservatif melabelnya sebagai 'fasis'. - Press TV
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor