Pages

Saturday, December 19, 2015

[KUANTAN] PELANCONGAN PAHANG LANCAR DUA PRODUK BARU





18.12.2015.  Produk 'Fun Map of Kuantan' dan 'Kuantan Heritage Walk' dijangka akan dapat melanjutkan tempoh penginapan pelancong di Kuantan.

Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar berkata kedua produk pelancongan itu merupakan matlumat mengenai destinasi bersejarah serta destinasi menarik di Kuantan yang boleh dinikmati di persekitaran bandar Kuantan hanya dengan berjalan kaki.

Menurut beliau, pelancong sudah mengetahui mengenai destinasi tanah tinggi, pantai dan Pulau Tioman, tetapi terlepas pandang dengan tempat menarik yang berada di Bandar Kuantan kerana matlumat tidak sampai kepada mereka.

"Pelancongan Malaysia, pemandu teksi dan Persatuan Pemandu Pelancong Pahang akan membantu mengedarkan risalah  'Fun Map of Kuantan' dan 'Kuantan Heritage Walk'".

"Kami percaya dengan kehadiran 10 juta pelancong tahun ini, sasaran 12 juta pelancong pada tahun depan akan menjadi kenyataan berdasarkan promosi yang dijalankan,  kata Dato' Ishak.

Beliau bercakap dengan pemberita selepas merasmikan "Majlis Aspirasi Bersama Media serta pelancaran 'Fun Map of Kuantan' dan 'Kuantan Heritage Walk'.  Pengarah Tourism Malaysia Pahang Mohd Faharuddin Hatmin turut hadir di majlis itu.



           




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor