Pages

Friday, December 4, 2015

JUALAN AKHBAR HARAKAH TURUT TERJEJAS




Kuala Lumpur – PAS mengakui jualan akhbar rasmi parti itu, Harakah turut mengalami kemorosotan jualan disebabkan situasi semasa dunia media cetak.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bukan sahajaHarakah, akhbar dan media cetak di seluruh dunia mengalami penurunan jualan.

“Hari ini, seluruh akhbar dan media cetak mengalami penurunan jualan. AkhbarHarakah turut merasainya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Mohamad Abduh bagaimanapun masih lagi percaya, akhbar Harakah akan tetap dibeli oleh sebahagian besar ahli PAS di seluruh negara.

Justeru katanya, beliau yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Harakah baharu berjanji akan mengatasi isu jualan kecil tersebut.

“Saya berjanji akan memajukan Harakah. Mungkinkah akhbar ini akan diterbitkan lebih daripada dua kali seminggu dan menyaingi akhbar-akhbar lain,” katanya.


1 comment:

  1. buduh dan mabuk
    isi tak menarik dan berita karut berita dunia bulan 11/10

    hamas memberi amaran kepada hizbullah
    menyebutkan bandar qusayr belum ditawan
    sangat ketinggalan zaman

    sapa nak beli--buduhnya

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor