Pages

Friday, December 4, 2015

[BERA] PEKEDAI RUNCIT DITAHAN JUAL BARANG SELUDUP


pdrm


Seorang pekedai runcit ditahan kerana menjual rokok dan minuman keras seludup di Bandar Triang di sini semalam.

Barangan itu bernilai kira-kira RM14,000.

Ketua Polis Bera Deputi Superintendan Mohd Rosdi Daud berkata rampasan itu merupakan yang terbesar di daerah ini setakat ini tahun ini melibatkan 280 karton rokok dan 155 botol minuman keras.

Beliau berkata pekedai berusia 45 tahun itu gagal mengemukakan lesen penjualan minuman keras dan tidak dapat memberi keterangan daripada mana barangan itu diperoleh.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor