Beijing - Lebih 1.3 juta pemohon menduduki peperiksaan bagi merebut hanya 27,000 jawatan dalam perkhidmatan awam di China yang berlangsung kelmarin.
Memetik laporan Net Ease, kerajaan China hanya menawarkan 27,817 pekerjaan dalam sektor awam pada tahun ini tetapi berlaku peningkatan 25 peratus pemohonan bagi menduduki peperiksaan tahun ini berbanding tahun lalu.
Kerajaan turut menguatkuasakan undang-undang bagi mengenakan hukuman setimpal kepada pemohon yang cuba untuk menipu termasuk hukuman penjara lebih tiga tahun jika didapati bersalah.
Penjawat awam yang sedang berkhidmat dilarang untuk mengambil peperiksaan tahunan tahun ini dan kebanyakan jawatan kerajaan peringkat wilayah memerlukan calon yang mempunyai dua tahun pengalaman bekerja.
Manakala jawatan di bawah pelan tahap perbandaran adalah terbuka kepada graduan kolej.
Sementara itu, memerik CCTV News, jurucakap Kementerian Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial berkata, ramai penjawat awam akan bersara pada tahun ini menyebabkan beberapa jawatan perlu diisi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor