Stadium Shah Alam sunyi tanpa sebarang sorakan pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Emeriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.
Tiada sebarang kelibat peminat bola sepak tempatan kelihatan di persekitaran stadium selain cubaan pegawai Kedutaan UAE untuk memasuki stadium.
Hanya media tempatan dan UAE sahaja dibenarkan masuk ke stadium itu.
Perlawanan tanpa penyokong itu adalah ekoran denda yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas kekecohan yang dilakukan penyokong ketika perlawanan menentang Arab Saudi pada 8 September lepas.
FIFA turut mengenakan denda 40,000 swiss francs (RM180,000) selain satu perlawanan tanpa penonton serta memberikan kemenangan 3-0 kepada Arab Saudi berikutan kekecohan di Stadium Shah Alam itu.
Ini merupakan kali pertama skuad kebangsaan bermain dalam stadium kosong bagi perlawanan antarabangsa.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor