Kuala Lumpur - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat panggilan balas ke nombor tidak dikenali dari Malawi bagi mengelakkan kerugian.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Asmawati Ahmad berkata,mangsa yang membuat panggilan balas ke nombor +265882615012 dan +265882615017 akan menanggung caj panggilan yang tinggi oleh penyedia perkhidmatan terbabit.
Dalam satu kenyataan Asmawati berkata, semakan PDRM terhadap panggilan 'missed call' dari nombor berkenaan mendapati ia dibuat dari Malawi, bertujuan memerangkap penerima panggilan.
"Ia diklasifikasikan sebagai 'Harrasment Call Terror' atau 'Scam Call' oleh beberapa laman sesawang antarabangsa," katanya.
Menurut maklumat dari applikasi whatsapp panggilan ke Malawi dikenakan caj tinggi hingga USD150.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor