Pages

Saturday, November 7, 2015

PENJELASAN ANAK TPM DAPAT GELARAN DATO'

Penjelasan anak TPM: Kenapa saya dapat Dato'



KUALA LUMPUR: Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab soalan serta kritikan netizen yang diterimanya di media sosial, berkenaan status dan gelaran "Dato’".

Dato' Nurulhidayah Ahmad Zahid, 36, melalui laman Instagramnya menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyatakan gelaran itu diterima kerana jasa beliau sebagai 'Parade Commander' atau Ketua Perbarisan dalam satu acara Askar Wataniah.

“Hak bersuara saya dinafikan, tetapi saya tampil untuk menafikan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan bahawa gelaran "Dato'" itu adalah kurniaan yang saya terima kerana menjadi 'Parade Commander' atau Ketua Perbarisan dalam satu acara Askar Wataniah,” jelas Nurulhidayah.

Menurut beliau, gelaran itu diberi berasaskan kerjaya beliau sebagai Ketua Komunikasi Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Anak TPM itu juga menjawab persoalan netizen dengan berkata, gelaran "Dato'" tidak terhad kepada 'jasa' yang diberikan oleh seseorang kepada sesebuah negeri, malah ia adalah satu kurniaan daripada Sultan kepada sesiapa sahaja yang Tuanku kehendaki.
Nurulhidayah yang juga merupakan Leftenan Muda Askar Wataniah menegaskan beliau tidak akan menjatuhkan maruah angkatan Askar Wataniah yang menjadi sanjungan tinggi padanya.

“Gelaran Dato' itu adalah gelaran di dunia sahaja; yang akan mengangkat kita di akhirat kelak adalah pahala daripada amal kebaikan yang kita lakukan semasa hidup.

"Darjat yang kekal adalah di sana.

“Kepada yang mencipta dan menyebar fitnah, kita akan berjumpa di mahkamah Allah kelak, saya tunggu.”

Sebelum ini, Nurulhidayah mengundang kemarahan netizen menerusi kenyataannya Facebooknya yang menyelar Perhimpunan Bersih 4 sebagai 'kerja bodoh'


zahid




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor