Pages

Sunday, November 15, 2015

PAS AKAN PANGGIL HUSAM


Tuan Ibrahim Tuan Man


Kuala Lumpur – Pas akan memanggil bekas Naib Presidennya, Datuk Husam Musa bagi memberikan penjelasan berhubung dakwaan mengenai Kerajaan Negeri Kelantan.

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Husam akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Kita sudah menerima laporan daripada Pas Kelantan dan kita buat keputusan untuk dengar sendiri daripada beliau.

“Bagi Pas sendiri, kita kena tengok serta dengar secara dekat dan Husam perlu memberikan penjelasan atas apa yang didakwanya,” katanya kepada Sinar Harian.‎

Menurutnya, Husam sepatutnya menggunakan saluran betul untuk menyampaikan rasa tidak puas hatinya kerana masih terikat dengan peraturan parti.

Kata Tuan Ibrahim, antara dakwaan yang menjadi perhatian Pas ialah mengenai Kerajaan Kelantan dan isunya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang sering disebut dalam ceramahnya.

“Apa jua yang melibatkan mengenai parti, ahli harus menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakannya.

“Apabila perkara seperti ini berlaku, ia akan menimbulkan polemik dan kesan kepada parti,” katanya.

Ketika ditanya adakah Husam akan dikenakan tindakan oleh parti, Tuan Ibrahim menjelaskan segalanya ditentukan berdasarkan penjelasan yang akan diberikan Husam.

“Pas akan dengar penjelasan Husam dahulu sebelum menjatuhkan sebarang hukuman,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor