Kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan veteran tentera tidak berpencen dan sentiasa menjaga kebajikan mereka.
Yang Dipertua Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PKVTTB), Mohd Sani Ishak berkata, pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagi memastikan taraf hidup bekas tentera serta ahli keluarga mereka sentiasa terjamin.
“Ini membuktikan kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap bekas tentera di negeri ini yang telah banyak menabur bakti dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara semasa mereka berkhidmat dalam pasukan tentera sebelum ini.
“Kita juga menyeru kepada tentera tidak berpencen agar segera berdaftar dengan pertubuhan bagi memudahkan bantuan dan peruntukan disalurkan kepada ahli yang layak,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada ahli PKVTTB, Sabri Jaafar, 57, yang menghidap penyakit buah pinggang di Kampung Chat, Benta di sini, kelmarin.
Dalam pada itu Mohd Sani berkata, PKVTTB telah merancang serta melaksanakan program kemahiran dan keusahawanan bagi membantu anggota bekas tentera tidak berpencen supaya berkecimpung dalam pelbagai bidang termasuklah bidang perniagaan.
Menurutnya, langkah ini dapat membantu mereka hidup berdikari di samping dapat mempertingkatkan taraf sosioekonomi mereka seharian dengan menggunakan pelbagai peluang dan kemudahan yang disediakan kerajaan ketika ini.
“Kerajaan membuka pelbagai peluang dan kemudahan pinjaman, justeru anggota bekas tentera tidak berpencen perlu merebut peluang peluang yang disediakan oleh kerajaan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor