Utah - Seorang lelaki New York yang berkeinginan untuk mempunyai negaranya sendiri bertindak membina negara berdaulatnya yang diberi nama Zaqistan yang terletak di Utah.
Malah Zaq Landsberg turut mencipta bendera negara Zaqistan yang berwarna kuning merah serta mempunyai pasport rasmi serta pintu sempadan yang dijaga oleh robot gergasi, lapor KSL - TV.
"Matlamat konsep ialah saya mahu ia menjadi sebuah negara yang sebenar.
"Maksud saya, matlamat yang tidak akan berlaku. Ia adalah mustahil, tetapi melalui usul, (saya) cuba untuk memastikan ia akan berlaku," kata Landsberg sebagai presiden 'negara' itu.
"Di sini, tiada yang gila untuk mempunyai idea untuk mempunyai kawasan sendiri, dan buat apa yang dikehendaki dan mempunyai ruang dan privasi untuk melakukan perkara itu," katanya yang teragak-agak untuk mendedahkan lokasi sebenar Zaqistan kerana risau orang ramai akan sesat ketika cuba mencari negaranya itu.
Walau bagaimanapun, Landsberg mengakui tanah seluas 4 ekar itu tidak akan benar-benar menjadi sebuah negara yang diiktiraf namun apa yang penting buatnya adalah mahu menjadikan negara kecilnya itu kelihatan sah seperti mempunyai pasport sendiri yang dicop kepada semua pelawat yang keluar masuk ke negara itu.
Landsberg turut membayar cukai kepada majlis perbandaraan Boz Elder, yang terletak kira-kira 160km dari utara Salt Lake City.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor