Pages

Wednesday, November 18, 2015

KERAJAAN CADANG HAPUSKAN HUKUMAN MATI MANDATORI


tali gantung


Kuala Lumpur - Kerajaan bercadang mengemukakan Rang Undang-undang untuk menghapuskan hukuman mati mandatori ke atas beberapa jenayah berat terutama berkaitan kesalahan dadah dan pemilikan senjata api.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata Rang Undang-undang yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan itu, akan menyerahkan kembali hukuman terhadap pesalah atas budi bicara hakim.

"Kami sudah bertemu dengan wakil beberapa negara lain yang mahu berbincang dan mendesak kita (menghapuskan hukuman mati).

"Kerajaan berminat melakukan apa yang dibuat di negara lain tetapi sudah tentu kita mempunyai had sendiri.

"Saya sudah berbincang dengan Peguam Negara dan beliau begitu menyokong dan saya sedar ia agak sukar untuk Malaysia...tetapi saya berharap ia dapat dilakukan dengan segera," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perbincangan meja bulat Tindakan Global Anggota Parlimen (PGA) mengenai Penghapusan Hukuman Mati di Malaysia, di sini semalam.

Ia disertai Anggota Parlimen dari Malaysia, Australia, Switzerland dan United Kingdom; wakil kerajaan dan pakar yang membincangkan implikasi menghapuskan hukuman itu ke atas kesalahan dadah dan pemilikan senjata api di negara ini serta mengenal pasti strategi dan tindakan untuk bergerak ke hadapan.

Nancy yang juga menteri bertanggungjawab berkaitan undang-undang berkata kerajaan juga akan melihat aspek lain kerana masalah yang dihadapi hakim ketika ini adalah mereka terikat dengan hukuman mati mandatori.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor