Pages

Tuesday, November 10, 2015

JURURAWAT DIROGOL DALAM BAS SEDANG BERGERAK


Jururawat dirogol dalam bas sedang bergerak


Karnataka - Seorang remaja 19 tahun dirogol di dalam sebuah bas yang sedang bergerak di wilayah Karnakata, India.

Remaja yang juga merupakan seorang jururawat menaiki bas berkenaan untuk ke hospital tempat dia bekerja ketika dia diserang dan dirogol.

Jurucakap polis Bangalore Rural, B Ramesh berkata, mangsa hanya berada berseorangan ketika kejadian yang berlaku jam 7.30 pagi Jumaat lalu.

"Pemandu bas tersebut menukar laluan perjalanan dan kemudian menyuruh pencuci bas berkenaan untuk memandu sebelum bertindak merogol mangsa,' katanya dipetik BBC.

Mangsa kemudian memberitahu kejadian itu kepada salah seorang doktor tempat dia bekerja dan kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Pemandu serta pencuci bas kini ditahan.

Isu serangan seksual telah menjadi agenda utama di India sejak seorang pelajar berusia 23 tahun dirogol dan dibunuh di dalam bas di New Delhi pada Disember 2012.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor