Bentong - Laluan Kebudayaan Bentong ataupun Bentong Walk telahpun dilancarkan oleh YB Dato' Sri Liow Tiong Lai selaku ahli Parlimen Bentong malam tadi. Turut hadir sama adalah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Mohammad Shahid bin Ismail.
Program ini diadakan bertujuan memperkenalkan daerah Bentong sebagai destinasi pelancongan, penjualan buah buahan tempatan dan tanaman herba seperti durian dan halia Bentong sekaligus menaikkan lagi ekonomi penduduk setempat.
Di dalam majlis ini Dato' Sri Liow Tiong Lai menyuarakan harapan agar daerah Bentong ini akan bertambah maju, seiring dengan kepesatan ekonomi negara. Selepas melancarkan program Laluan Kebudayaan Bentong, Dato' Sri Liow Tiong Lai meluangkan masa turun melawat gerai gerai jualan dan beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor