Kuala Lumpur - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini selesai menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Istana Negara mengesahkan hari ini.
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 87, pada Khamis lepas telah berangkat ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan berkala seperti yang dijadualkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas selesai membentangkan Bajet 2016 di Parlimen petang semalam, turut bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi baginda.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor