Kuala Lumpur - Ruang meletak pesawat Q10 dan Q12 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) di Sepang ditutup kerana tumpahan bahan api.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pasukan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Malaysia mula membersihkan ruang yang terlibat pada pukul 11 pagi, semalam.
Ia berkata punca tumpahan masih belum diketahui.
"Kuala Lumpur Aviation Fuelling Sdn Bhd (KAFS), yang bertanggungjawab untuk pengisian bahan api pesawat, sedang menyiasat punca tumpahan," katanya.
MAHB memberi jaminan bahawa keselamatan adalah keutamaan utama dan KLIA2 beroperasi secara normal.
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan," kata pengendali lapangan terbang itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor