Butterworth: Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) (Penang) Sdn Bhd mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM1.60 di tiga plaza tol di lebuh raya itu, berkuat kuasa Khamis ini.
Jurucakap LLB, berkata kenaikan kadar tol itu membabitkan semua jenis kenderaan kecuali bas, adalah di Plaza Tol Perai, Bagan Ajam dan Sg Nyior.
Beliau berkata, kadar tol baharu di Plaza Tol Perai adalah RM1.50 (kelas satu), RM3 (kelas dua), RM4.50 (kelas tiga), 80 sen (kelas empat) manakala kelas lima kekal RM1.30.
Kelas satu adalah kereta, kelas dua bagi lori kurang daripada satu tan, kelas tiga lori besar dan treler, kelas empat teksi dan kelas lima untuk bas.
Sementara, Plaza Tol Bagan Ajam naik 20 sen menjadi RM1.50 (kelas satu), naik 60 sen kepada RM3 (kelas dua), naik 90 sen menjadi RM4.50 (kelas tiga), naik 10 sen menjadi 80 sen (kelas empat) manakala kelas lima kekal RM1.20.
Sementara kadar tol baharu di Plaza Tol Sungai Nyior adalah RM1.20 (kelas satu), RM2.40 (kelas dua), RM3.60 (kelas tiga), 60 sen (kelas empat) manakala kelas lima kekal 90 sen. Kenaikan kadar tol berkenaan, katanya, adalah kali pertama dilaksanakan syarikat konsesi itu sejak LLB dibina pada 2007.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor