Pages

Wednesday, October 14, 2015

BELUM BERKUATKUASA, SEKADAR VIRAL


Belum kuatkuasa, sekadar viral


Alor Setar - Perancangan untuk mewartakan mana-mana seksyen dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah perlu diputuskan Majlis Agama Islam Kedah (Maik), selepas perkara berbangkit diperincikan.

Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, buat masa ini, agenda seperti etika berpakaian bagi wanita Islam, termasuk membonceng motosikal bersama bukan muhram, belum dibawa dalam agenda mesyuarat bersama pihak berkenaan.

“Belum ada kuatkuasa seperti didakwa, yang kini diviralkan pihak tertentu. Jika ada perancangan sekalipun, perlu diputuskan bersama Maik sama ada wujud keperluan untuk wartakan peraturan itu atau sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri belum memperincikan aspek-aspek berkaitan untuk dimasukkan dalam mana-mana seksyen bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah yang diluluskan pada Sidang Dun Kedah, tahun lalu.

“Belum sampai ke peringkat mewartakan, peringkat perbincangan juga belum dijadikan agenda mesyuarat. Kita perlu lihat keutamaan dan keperluan, dalam permohonan peringkat mana untuk bincangkan,” katanya.

Mohd Rawi berkata, pindaan terbaharu hanya melibatkan Seksyen 13, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah, dikuatkuasakan Jun lalu, memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali terhadap mana-mana lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat selama tiga kali berturut-turut.

Kebelakangan ini, satu kenyataan menjadi viral di laman sosial, menyebut kerajaan negeri Kedah telah menguatkuasakan arahan baharu tatacara berpakaian wanita, antaranya tidak memakai tudung didenda RM80, memakai seluar ketat didenda RM120 serta membonceng motosikal bukan muhram didenda RM80-RM100.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor