Pages

Sunday, October 4, 2015

[TEMERLOH] ISU KHUTBAH AIDILADHA: DAP JUMPA MUFTI


Tengku Zulpuri Shah Raja Puji


Dap Pahang tidak menangguhkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) namun pada masa sama akan mengadakan pertemuan dengan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, DAP Pahang akan berhubung dengan Jabatan Mufti Pahang dan pertemuan itu akan berlangsung selewat-lewatnya minggu depan.

Menurutnya, DAP Pahang juga yakin pihak mufti akan menyambut baik hasrat untuk mengadakan perbincangan mengenai isu khutbah Aidiladha itu.

“Kita tidak kata tangguhkan saman, cuma tindakan undang-undang itu adalah jalan yang terakhir jika perlu. Saya akan membuat temu janji dengan Jabatan Mufti Pahang untuk menghuraikan kekusutan melalui perbincangan dan penerangan kedua-dua pihak secara berhemah,” katanya, semalam.

Tengku Zulpuri yang juga Adun Mentakab berkata, pada masa sama, DAP Pahang mengulangi penafian dengan keras bahawa tohmahan terhadap DAP kononnya parti ini termasuk ahlinya yang Melayu Islam menentang Islam seperti digembar-gemburkan media.

1 comment:

  1. Sorry i will never ever vote Dap even thou d candidates r Malays

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor