Kluang – Seorang wanita dipercayai dibunuh sebelum mayatnya tanpa kepala dicampak di kawasan semak di Kampung Parit Haji Hashim, Simpang Renggam, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, mayat yang dalam keadaan reput itu ditemui orang awam sebelum dimaklumkan kepada polis kira-kira 10.25 pagi.
"Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian kemudian menemui mayat tanpa kepala tersebut dalam keadaan terlentang, tidak berpakaian kecuali bercoli dengan kakinya terkangkang.
"Sehelai kain berwarna hijau turut ditemui berhampiran mayat itu manakala pewarna kuku berwarna merah masih kelihatan di kedua-dua belah kuku kaki," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, hari ini.
Mohamad berkata, hanya tangan kanan mayat itu yang sudah reput, namun, tangan kirinya masih elok kerana terlipat di belakang badan dipercayai dibunuh sejak dua minggu lalu berdasarkan keadaan fizikalnya.
“Polis sehingga kini sedang mengenalpasti motif kejadian dan mayat itu dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, di sini, untuk bedah siasat.
"Kita juga sedang berusaha mengesan identiti mangsa berdasarkan cap jari tangan kirinya dan menunggu laporan bedah siasat untuk memastikan sama ada mangsa dirogol atau tidak," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor