Pages

Friday, October 30, 2015

TAMPAR IMAM: BAYAR DENDA RM12,000 ATAU KE PENJARA


Imam ditampar solat Jumaat Masid Negara terganggu


Kuala Lumpur - Lelaki warga India yang menampar imam Masjid Negara ketika mengimamkan solat Jumaat bulan lepas didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Majistret Siti Radziah Kamarudin membuat keputusan itu terhadap Shabir Ahmad Khan, 31, yang mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan termasuk dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39.

Mahkamah turut memerintahkan Shabir dipenjara 3 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Dalam kejadian pada 18 September itu, Shabir telah menampar imam Masjid Negara ketika mengimamkan solat Jumaat.

Dia sebelum ini diperintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Majistret Siti Radziah Kamarudin memerintahkan demikian terhadap Shabil selepas dia kelihatan keliru dan tidak memahami tiga pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya.

Pada awal prosiding, Shabil, 31, mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan terhadap imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim, mengganggu solat Jumaat dan tinggal lebih masa di Malaysia.

Bagaimanapun majistret tidak merekodkan pengakuan susulan tertuduh kelihatan tidak memahami tuduhan dan hanya menundukkan kepala sambil berkata-kata sendirian.

Mahkamah menetapkan 30 Oktober depan untuk sebutan kes itu bagi mendapatkan laporan mental tertuduh.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor