Kajang - Seorang ahli perniagaan dua pekerjanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang sebentar tadi terhadap pertuduhan menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun minggu lalu.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Siow Kek Keong, 44; Mohd Saiful Amri Jarkasi, 28; dan warga Indonesia, Riduansyah Yahya, 32, dihadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhammad.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama menahan dan mengurung secara tidak sah kanak-kanak berusia lima tahun itu, untuk memdapatkan wang tebusan sebanyak RM300,000.
Kesalahan itu didakwa berlaku di tepi Jalan Seroja, bersebelahan rumah No 40, Taman Setia, Sungai Chua, di sini jam 9.26 pagi 9 Oktober lalu.
Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 21 Disember depan untuk sebutan semula kes itu.
Kejadian culik itu telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan tersebar di media sosial.
Pada sebelah petang, mangsa ditemukan dalam keadaan selamat oleh seorang pemandu teksi yang kemudian menghantarnya pulang ke rumah.
Polis kemudian berjaya menahan tiga suspek selain merampas wang tebusan yang diserahkan bapa mangsa berjumlah hampir RM300,000.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor