19.10.15. - Peminat sukan permotoran di Pahang akan memperolehi litar perlumbaannya sendiri di Kuantan dalam masa terdekat bagi memenuhi peningkatan minat terhadap sukan itu.
Menteri Besar Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob berkata Pegawai Daerah Kuantan sedang berusaha mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk membina litar sepanjang 1.5 km di tempat yang mudah dikunjungi orang awam.
"Kerajaan Pahang akan membina litar asas bagi menempatkan perlumbaan Educational Innovation Motosport Race (EIMARace). Liar itu akan turut dibuka pada setiap Sabtu dan Ahad bagi memberi peluang kepada peminat-peminat motosikal membuat latihan", kata beliau.
Dato' Sri Diraja Adnan bercakap dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup EIMARace 2015 di litar terbuka Indera Mahkota, Kuantan.
Johan keseluruhan EIMARace 2015 kategori 250cc dimenangi oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua sementara Juara Keseluruhan Kategori 131cc dimenangi oleh Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor