Pages

Thursday, October 8, 2015

[KUANTAN] KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA UMNO PAHANG

Sdr Mohd Shahar Abdullah - Ketua Pemuda UMNO Pahang


Editor PahangKu dihubungi oleh Ketua Pemuda UMNO Pahang sebentar tadi untuk memaklumkan pendirian Pemuda UMNO Pahang dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Dato' Sri Najib, Perdana menteri Malaysia.

Berikut kami siarkan kenyataan yang beliau buat sebentar tadi;

~ Editor


PENGUKUHAN PARTI UMNO TANGGUNGJAWAB BERSAMA – PEMUDA UMNO PAHANG

1. Pemuda UMNO Pahang ingin menegaskan bahawa UMNO sekarang berada pada peringkat pengukuhan yang memerlukan komitmen kepimpinan semua peringkat dan seluruh ahli UMNO. Langkah ini penting bagi membolehkan UMNO melaksanakan langkah seterusnya bagi mengembalikan keyakinan rakyat menerima UMNO sebagai sebuah parti yang wajib diberikan mandat untuk menunjangi pemerintahan dan pentadbiran negara.

2. Kini, masa yang berbaki hanya tidak lebih daripada 31 bulan sebelum menjelangnya PRU 14, maka segala gerak kerja mestilah ditumpukan kepada memenangi hati dan jiwa rakyat supaya mereka terus memberikan kepercayaan kepada UMNO dan BN untuk terus menerajui pemerintahan negara demi perpaduan, kestabilan dan kemakmuran bumi bertuah Malaysia ini.

3. Oleh yang demikian, untuk mencapai matlamat ini, adalah menjadi tanggungjawab ahli UMNO semua peringkat memberikan sokongan kepada YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan barisan kepemimpinannya dalam usaha menangani dan memulihkan keadaan politik demi keutuhan UMNO dan BN.

4. Justeru itu, Pemuda UMNO Pahang ingin menyeru semua ahli UMNO khususnya ahli UMNO Pahang agar terus bersatu hati dan kekal setia berjuang untuk mempertahankan maruah dan kredibiliti UMNO daripada dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Mohd Shahar Abdullah
Ketua Pemuda UMNO Pahang
8 Oktober 2015








1 comment:

  1. Mcmmana nak sokong, issues tetap tidak boleh nyatakan pada raayat panjang am nya, semua dok cakap semua akan selesai, mcm mana nak selesai, soalan yang di tanya, sampai sekarang pun dok awang2an. Kalau cikgu bagi report card murid semua nya detail, tapi najib dan macai menyepi dok sorok.......Tak Ada jawapan pun!..Nak perkuat parti mcm mana, ketua bahagian pun terima "dermas". Tak yah lah cakap, mungkin semua orang pahang sokong najib, dah naik meluat..

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor