Genting Gaza - Keganasan didakwa merebak ke wilayah Gaza selepas tentera Israel menembak mati enam penduduk Palestin yang menyertai protes sebagai membantah tindakan pelampau Yahudi menikam empat lelaki Arab hingga mati di bandar Dimona.
Saksi memberitahu rejim Zionis bertindak melepaskan tembakan rambang sejurus kumpulan penunjuk perasaan tersebut menghampiri sempadan Israel dan turut mencederakan 50 mangsa.
Susulan daripada itu, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh memberi amaran keganasan di utara dijangka mencetuskan gelombang Intifada baharu di Palestin.
Dalam kejadian berasingan di Ramallah, seorang pembaling batu cedera selepas dirempuh jip tentera Israel.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan kira-kira 14 penduduk Palestin terbunuh manakala 1,000 lagi cedera dalam beberapa siri pertempuran di Genting Gaza dan Tebing Barat sejak awal bulan lalu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor