Gombak - Pemandu Nissan Fair Lady menahan kesakitan lebih 30 minit akibat tersepit selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang elektrik dan terjatuh ke longkang di Kilometer 20 berhampiran Taman Rekreasi Ulu Yam, semalam.
Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Balai Selayang, Abdul Razak Mokhtar berkata, dalam kejadian jam 12.38 malam itu, lelaki berusia 40-an yang memandu bersendirian dari arah Ulu Yam ke Gombak mengalami kecederaan patah tangan, luka di bahagian muka dan kepala akibat tersepit dalam kereta.
Menurutnya, sekurang-kurangnya lapan anggota dari jentera Balai Bomba Selayang dibantu Pasukan Bomba Sukarela Gombak dan Kepong terlibat dalam operasi menyelamat serta mengambil masa hampir 25 minit untuk mengeluarkan mangsa.
“Faktor jalan gelap dan melalui selekoh menyebabkan kereta mangsa terbabas dan masuk ke lorong bertentangan menyebabkan Nissan Fair Lady remuk. Tiada kenderaan lain terlibat dalam insiden tersebut.
“Anggota bomba menerima panggilan kecemasan jam 12.38 malam dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian sebelum mengeluarkan mangsa,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, mangsa di hantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor