Pages

Monday, October 19, 2015

JUDI 'GOLEK' DI PONDOK


Judi ‘golek’ di pondok


Sepang - Bukan sahaja beroperasi secara haram, lebih berani lagi apabila aktiviti dipercayai didalangi dua lelaki tempatan ini, menggunakan pondok lama sebagai tempat perjudian bola golek.

Namun, aktiviti itu berjaya dihidu sebelum diserbu sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Kontinjen Selangor di kawasan perkampungan di Sungai Merab, kelmarin.

Ketua Operasi Asisten Superintendan Sobri Baki berkata, pada jam 10.15 malam, operasi membabitkan dua pegawai dan 16 anggota bertindak hasil maklumat dan risikan.

Menurutnya, serbuan berjaya menahan 21 individu berusia 19 hingga 54 tahun.

“Mereka yang ditahan adalah dua lelaki merupakan penganjur dan 19 pemain iaitu 15 warga Indonesia, tiga lelaki tempatan dan seorang warga Bangladesh,” katanya.

Beliau berkata, tempat yang aktif lebih sebulan lalu itu menyasarkan pengunjung warga asing sebagai pemain.

Sobri mendedahkan, aktiviti seawal jam 9 malam itu menawarkan taruhan serendah RM1 hingga RM50.

"Jika individu bertaruh menang dengan taruhan RM50, penganjur bayar RM500. 

"Pemenang akan dibayar dengan cip pada masa itu sebelum ditukar tunai selepas permainan tamat.

“Polis merampas beberapa alat judi seperti papan golek, lima bongkah kayu penyendal, sebekas cip maroon, 190 keping cip keemasan dan wang tunai RM6,403,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor