Pages

Monday, October 19, 2015

14 TERPERANGKAP INSIDEN KEPALA AIR DI SG CHILING


Sg Chiling


Kuala Lumpur - Sekurang-kurangnya 12 lelaki dan dua wanita terperangkap dalam insiden kepala air ketika berada di kawasan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, dekat sini semalam.

Mereka dikatakan melakukan aktiviti mendaki bukit di lokasi itu ketika kejadian berlaku.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, 13 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 7 malam.

"Tujuh pengunjung adalah warga Pakistan dan diselamatkan pada 10.45 malam," katanya sambil menambah usaha mencari dan menyelamat mangsa lain masih diteruskan.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata anggota penyelamat terpaksa menunggu paras air di sungai berkenaan surut bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Namun, katanya, laluan alternatif sedang diusahakan untuk ke lokasi mangsa terperangkap.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor