Pages

Thursday, October 1, 2015

JERUBU ; BALOK BARU ANTARA 18 KAWASAN TIDAK SIHAT SEHINGGA 7 PAGI INI






KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 7 pagi tadi, dengan Pelabuhan Klang mencatat bacaan tertinggi pada 141. 

Mengikut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), antara kawasan yang mencatat IPU lebih 100 (tidak sihat) ialah Pasir Gudang (125) dan Kota Tinggi (118) di Johor; Bandaraya Melaka (113), Bukit Rambai (116) di Melaka; Nilai (118), Port Dickson (126) dan Seremban (107) di Negeri Sembilan. 

Balok Baru di Kuantan, Pahang pada 102 manakala Samarahan di Sarawak pada 114. 

Lokasi lain ialah di Selangor ialah Banting (124), Kuala Selangor (108), Petaling Jaya (105) dan Shah Alam (123) manakala di Terengganu, Kemaman (103) dan Paka (102). 

Sementara di Kuala Lumpur, Batu Muda mencatat bacaan 110 manakala Putrajaya pada 108. 

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.






No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor