Pages

Monday, October 12, 2015

DR M, KU LI, MUHYIDDIN PERTAHAN KHAIRUDDIN


‎Dr M, Ku Li, Muhyiddin pertahan Khairuddin


Putrajaya - "Jangan tahan orang dibawah Sosma, (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012) adalah undang-undang untuk pengganas," demikian ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah akta Sosma.

Bercakap pada sidang media di sini, pada hari ini, Mahathir turut menegaskan bahawa undang-undang itu tidak sepatutnya disalahgunakan untuk menjatuhkan pihak-pihak yang bersuara menentang kerajaan atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kenapa mahu tahan Khairuddin dibawah Sosma? Adakah kita anggap dia pengganas?"

"Kita sedang melihat bahang ketakutan oleh rakyat. Orang takut untuk bersuara kerana takut diambil tindakan," katanya lagi.

Turut bersama Mahathir dalam sidang media pada hari ini termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal‎ serta bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat‎.

2 comments:

  1. Tsmy...
    Org tahu ko tu anak emas mahdey...
    Cuma kesian bila melayu tiada prinsip bersuara krn terlalu berangan nak jadi pm sampai sanggup ikut penjilat jobo bershit 4.
    Nak jadi pm...bersabar ler..
    Jgn buat majoriti org meluat dgn menyokong anjeng2 syarikat kaya yg hilang lubuk emas mrk angkara diambil 1mdb...

    ReplyDelete
  2. ghehehe... madey pn bkn peduli tsmy pn, dia cuma alat utk jatuhkan dsn utk beri laluan mukhritz jadi pm... utk tutup najisnya selama 22 taun

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor