Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, namun perkara itu akan diperhalusi dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor terlebih dahulu.
“Kita akan buat persediaan untuk bertanding di kawasan-kawasan ini. Sama ada kita akan bertanding di kesemua Dun itu atau beberapa daripadanya akan di bincang dalam mesyuarat.
“Ia bergantung kepada rundingan, namun kami akan lakukan persiapan yang sewajarnya untuk bertanding di lapan kerusi tersebut yang kini dipegang oleh wakil Pas,” ujar Tony, petik Astro Awani.
Terdahulu, Tony Pua berkata, lapan kawasan Dun yang dimaksudkan itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.
Untuk langkah permulaan, DAP telah pun melantik Naib Pengerusi DAP Bandar Utama, Edry Faizal Eddy Yusof sebagai penyelaras bagi Dun Taman Templer, untuk menjalankan langkah-langkah persediaan bagi DAP bertanding di situ.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor