Ampang - Keluarga Zainun Taha, 69 salah seorang daripada lapan jemaah Haji yang masih belum dikesan berharap Tabung Haji menghubungi telefon mangsa yang kini dipegang oleh seorang lelaki Arab.
Anak mangsa, Noor Farehah Abu Bakar, 35 berkata, dia menghubungi telefon bimbit ibunya yang kemudiannya dijawab seorang lelaki Arab berkenaan yang tidak boleh bertutur Bahasa Inggeris.
"No English! Itu yang dijawab lelaki Arab berkenaan selepas hampir tiga kali saya menghubunginya. Kemudian saya meminta rakan yang fasih berbahasa Arab untuk menghubunginya namun tidak dijawab.
"Saya dapat dengar keadaan di sana bising macam di hospital, tapi masalah komunikasi menyebabkan saya tak tahu situasi menimpa ibu saya di sana," katanya di rumahnya di Bukit Antarabangsa ketika menerima kunjungan daripada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail, pagi ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor