Pages

Monday, September 28, 2015

[KUANTAN] CEDERA PARAH TERJATUH DI AIR TERJUN


Cedera parah terjatuh di air terjun


Seorang wanita berusia 23 tahun parah selepas terjatuh ketika berkelah bersama 14 rakan di air terjun Bekelah dekat sini.

Mangsa dari Kuala Lumpur itu dipercayai patah kaki dan retak pinggul.

Sumber bomba memaklumkan usaha membawa turun mangsa menghadapi kesukaran memandangkan laluan di tepi lereng berbukit agak merbahaya.

Sehingga jam 12.30 tengahari tadi mangsa masih di lokasi menunggu bantuan helikopter untuk diturunkan.

Pihak bomba memaklumkan, pihaknya tiada pilihan lain apabila terpaksa membawa turun mangsa dengan berjalan kaki sekiranya khidmat helikopter tidak dapat digunakan akibat faktor cuaca berjerebu.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor