Himpunan Melayu Bersatu 16 September 2015
Semalam berlaku himpunan besar-besaran umat Melayu atas nama Himpunan Melayu Bersatu. Mereka memakai baju merah dan memenuhi seluruh pelusuk ibu kota. Lebih 150 ribu dianggarkan telah hadi berhimpun atas nama perjuangan Melayu dan mempertahankan kerajaan.
Sebelum ini, pihak pembangkang menganjur beberapa siri himpunan atas nama 'Bersih' dan memakai baju warna kuning. Walaupun dibantah dan tidak mendapat kebenaran, namun mereka tetap juga berhimpun bagi menunjukkan kekuatan mereka. Matlamat utama adalah melemahkan kerajaan dan membuatkan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Mohd Najib turun dan meletakkan jawatan, seterusnya menukar kerajaan kepada pihak pembangkang.
Di Thailand sebelum ini, kumpulan baju kuning dan baju merah juga sudah bertempur. Namun mereka hanyalah manifestasi kepada sokongan parti-parti yang ingin menguasai kerajaan. Hakikatnya mereka adalah sama, bangsa Siam.
Di Malaysia, dulunya himpunan 'Bersih' menyaksikan baju kuning mewakili pembangkang yang ingin mendapat kuasa dan memerintah negara. Namun himpunan terakhir 'Bersih' menampakkan ianya membawa hanya kepentingan DAP dan mewakili kaum Cina dan baju 'Merah' pula membawa suara dan mewakili bangsa Melayu.
Jika pertembungan ini tidak disekat adalah dibimbangkan tragedi 13 Mei akan berulang sekali lagi yang akan menyaksikan pertembungan antara kaum khususnya Cina dan Melayu.
Sejarah mencatatkan bahawa tragedi 13 Mei adalah kerana provokasi kaum Cina yang didalangi DAP terhadap kaum Melayu. DAP parti chauvanis rasis sudah tidak dapat menyembunyikan hakikat dan keinginannya untuk menguasai pemerintahan negara.
Himpunan Melayu Bersatu semalam juga menyaksikan bahawa ada sebilangan penyokong parti Pas serta PKR yang turut menyertai himpunan berkenaan dan ini menunjukkan bangsa Melayu boleh bersatu tanpa mengira kecenderungan politik apabila maruah melayu serta agama Islam cuba dihina.
Himpunan Melayu Bersatu semalam juga menjadi satu amaran kepada kaum Cina Dap agar tidak lagi menjadikan perkauman sebagai bahan dan alasan politik meeka untuk meraih sokongan rakyat.
Editor.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor