
Johor Bahru - Seramai 17 warga asing diperiksa Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Johor dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Pusat Perdagangan Pontian, kelmarin.
Hasilnya, seramai lapan warga asing terdiri daripada tujuh wanita Vietnam dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan dalam serbuan yang bermula kira-kira jam 11.50 malam itu.
Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Masri Adul berkata, Ops Sayang dilakukan pihaknya itu bertujuan mengesan aktiviti warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan di pusat hiburan.
Beliau berkata, semasa serbuan kebanyakan pelayan terbabit tidak menyedari kehadiran pegawai operasi kerana sedang asyik melayan pelanggan yang sedang minum minuman keras.
“Warga asing wanita yang ditahan berusia antara 28 hingga 38 tahun disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalah gunakan pas lawatan Sosial.
“Manakala lelaki warga asing yang datang berhibur di lokasi ini ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sekali gus disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor