
Penyanyi bersuara tinggi, Ziana Zain menyifatkan kejadian mikrofonnya 'terbang' ketika membuat persembahan sebagai sesuatu yang kelakar sepanjang kerjayanya.
"Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyayian, saya mahu mengangkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.
"Selamat saya tidak jatuh. Tetapi ketika kejadian, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itula, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi," katanya.
Beberapa hari lepas, video mikrofon Ziana Zain 'terbang' ketika membuah persembahan di Kuala Lumpur Fashion Week 2015 (KLFW2015) mencuri perhatian netizen.
Namun sikap profesional Ziana dalam menangani insiden yang memalukan itu mendapat pujian.
"Perkara seperti itu biasa terjadi kepada sesiapa pun. Jadi sekiranya ada penyanyi berhadapan dengan situasi di luar jangkaan seperti ini, tidak perlu gusar.
Sebaliknya bersikap yakin di atas pentas sehinggalah habis persembahan," katanya dipetik portal berita tempatan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor