Pages

Friday, August 21, 2015

MALAYSIA CADANG KAWAL SELIA INTERNET


Najib Tun Razak


Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bercadang melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet.

"Saya secara khusus mengatakan mengawal selia, bukan menyekat - agar tiada siapa perlu menderita akibat difitnah jenayah.

"...supaya internet menjadi ruang tidak terkawal yang dikuasai penghinaan dan perkara yang tidak benar," katanya semasa menyampaikan ucapan bertajuk 'Kepimpinan Dalam Masa Mencabar" pada siri ke-26 Ceramah Tunku Abdul Rahman, anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini, malam tadi.

Hadir sama Presiden MIM, Tun Mohammed Hanif Omar.

Najib berkata, kerajaan mengambil isu keselamatan semua rakyat Malaysia secara serius dan sebab itu memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) 2015.

1 comment:

  1. Satu cadangan yg baik. Berita2 fitnah perlu dibendung kerana ia mendatangkan kesan yg buruk selain ia sememangnya dilarang agama.

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor