PUTRAJAYA: Polis menggeledah pejabat Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Rabu.
Tindakan itu bermula pada pukul 6.45 petang di pejabat bahagian itu di Menara Prisma di sini selepas polis selesai menyoal siasat Timbalan Pengarah bahagian itu, Datuk Tan Kang Sai.
Kang Sai dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan berlaku kebocoran maklumat siasatan kes 1MDB.
Kang Sai adalah pegawai SPRM ketujuh yang dipanggil untuk keterangannya direkod di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.
Pada Selasa, dua pegawai SPRM juga dari bahagian sama telah memberi keterangan mereka sebaik tiba di IPD berkenaan pada pukul 5 petang.
Sementara itu, pada Isnin malam pula, keterangan Tuan Roslan Tuan Mat yang juga pegawai bahagian Operasi Khas direkod.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor