
Tianjin - Tindakan anggota bomba menggunakan air untuk memadamkan kebakaran dikatakan telah menyebabkan berlakunya letupan besar di sebuah gudang simpanan bahan kimia berbahaya di timur negara itu.
Beberapa pakar asing berkata, semburan dipercayai penyebab dua letupan besar yang membunuh 56 orang di bandar pelabuhan Tianjin pada malam Rabu lepas setakat ini.
Difahamkan, gudang tersebut direka untuk menyimpan bahan kimia berbahaya, mengandungi simpanan ammonium nitrat, kalium nitrat dan kalsium karbida ketika letupan berlaku, menurut polis.
Agensi berita Xinhua melaporkan, kebakaran berlaku sebelum letupan tercetus.
Beberapa pakar keselamatan kimia memberitahu, kalsium karbida bertindak dengan air untuk menghasilkan gas mudah meletup, asetilena.
“Letupan berlaku jika anggota bomba menyembur air pada kalsium karbida,” kata mereka.
Timbalan ketua jabatan bomba China, Lei Jinde mengesahkan, anggota-anggota bomba yang tiba awal di lokasi kebakaran menggunakan air untuk memadamkan api.
“Kami tahu ada kalsium karbida di dalamnya tetapi kami tidak tahu sama ada bahan kimia itu sudah meletup atau sebaliknya.
“Ketika itu tiada siapa tahu, anggota-anggota bomba bukannya bodoh,” kata Jinde.
Lebih 12 anggota bomba dilaporkan antara yang maut dalam dua letupan besar di bandar pelabuhan Tianjin pada malam Rabu lepas, lapor media tempatan dan antarabangsa.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor