Pages

Sunday, July 19, 2015

PAS SUDAH TIDAK RELEVEN LAGI - MAT SABU


Mohamad Sabu


Kepala Batas - Parti Pas sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masih kini dan perlu melakukan pembaharuan, dakwa bekas Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata penubuhan Gerakan Harapan Baru merupakan cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu supaya kekal relevan.

Pas masih menggunakan kaedah lama dalam berpolitik sedangkan rakyat berbilang kaum turut terlibat dalam proses membuat keputusan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran DAP negeri di sini hari ini.

Beliau berkata Gerakan Harapan Baru akan membuat penerangan di seluruh negara sebelum meneruskan proses pendaftaran dengan Pendaftaran Pertubuhan dalam tempoh lebih sebulan lagi.

Isnin lepas, beberapa bekas pemimpin kanan Pas termasuk Mat Sabu melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru, yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau mengalu-alukan penubuhan Gerakan Harapan Baru sebagai sebuah parti politik namun menafikan gerakan itu adalah proksi DAP.

"Parti yang baru ditubuhkan itu harus memperjuangkan nasib rakyat Malaysia dan perlu fokus peningkatan ekonomi dan mampu mentadbir kerajaan dengan baik," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor