Menjadi lumrah di dalam kehidupan, setiap permulaan pasti ada kesudahan dan setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan.
Cuma perpisahan itu mengambil masa sekejap atau lama kerana dalam kehidupan itu segalanya telah ditentukan oleh Allah, kita hanya merancang tetapi dalam pada masa sama kita tidak pula harus berharap semata-mata kepada ketentuan tanpa usaha.
Bila sudah berusaha, sebaik manapun kita merancang, jika perpisahan itu ditakdirkan berlaku maka anggaplah ia sudah tertulis bukan milik kita.
Baru-baru ini tersebar dilaman sosial kisah mengenai seorang lelaki yang memuatnaik status yang sangat tabah dan amat menyentuh perasaan disebabkan kehilangan insan tersayangnya.
Lelaki yang dikenali sebagai Omar Rozduan, meluahkan rasa hatinya tanpa menunjukkan kesedihan tetapi dengan kata-kata semangat semasa kekasih yang merupakan bakal tunangannya itu koma sebelum dijemput Ilahi beberapa hari kemudian.
Arwah dikatakan mengalami pendarahan teruk di bahagian kepala akibat kemalangan sebelum meninggal selepas beberapa hari koma di hospital.
Lebih menyedihkan segala persiapan untuk majlis pertunangan mereka telah diuruskan dan hanya menunggu tarikh untuk majlis pertunangan mereka.
Berikut adalah gambar dan status yang dimuatnaik oleh Omar sejak kekasihnya itu koma sehingga pergi menghadap yang maha Esa.
Please wake up dear…
Cepat bangun eh, jangan ngelat…
Bila saya warded siap boleh selfie.. ini awak pulak warded apahal tido je memanjang?
Dah nampak jari awak gerak-gerak…
Semua orang nak awak bangun…
Kita jumpa dekat sana…
Our convocation day…
Punyalah excited tunjuk baju tunang dekat saya…
Punyalah susah nak cari cincin yang awak berkenan…
Saya akan datang lagi…
Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Nurul Ezzaty agar ditempatkan dikalangan orang beriman.
Kepada saudara Omar, janganlah terlalu sedih, anda haruslah kuat, setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor