Pasti menimbulkan kemarahan kepada sesiapa sahaja sekiranya anda merupakan mangsa kecurian.
Sebut bab kecurian ini, baru-baru ini menjadi viral gambar sebuah notis amaran dilarang mencuri yang dikeluarkan oleh seorang penguasaha ini.
Notis amaran yang digunakan mungkin akan membuatkan si pencuri tersentap besar!
Tanda amaran yang dikeluarkan pemilik tersebut berbunyi.
“Siapa Yang Mencuri Buah Di Sini, Ahli Keluarga Semua Habis Mati (Bomoh),” tulis papan tanda tersebut.
Mungkin agak keterlaluan jugalah ‘pendekatan’ yang digunakan olehnya namun tuan kedai buah sudah terlalu marah gamaknya.
Papan notis amaran yang ‘kurang ajar’ ini pasti membuatkan pencuri-pencuri terbabit berfikir sejenak nak mencuri atau tidak.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor