Kota Bharu - Setiausaha Agung Pas yang baru, Datuk Takiyuddin Hassan yakin Pas tidak akan dipermainkan BN dalam isu perlaksanaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan walaupun usul meminda akta 355 masih belum dibenarkan dibawa ke Parlimen.
Beliau berkata, berbaki empat hari persidangan Dewan Rakyat, beliau mengharapkan kerajaan akan membenarkan usul itu dibentangkan.
“Kita masih menunggu, beberapa berjumpa dengan Speaker Dewan juga telah dibuat, beliau mengatakan belum mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk membawa usul ini, kita mengharapkan menteri akan membenarkan perkara ini dibuat dalam penggal ini juga.
“Saya yakin kita tidak akan dipermainkan kerana undang-undang ini akan diguna pakai untuk seluruh negara, ” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Ihya Ramadan di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor