Guangdong - Seorang jurujual wanita yang akan menamatkan zaman bujangnya bulan hadapan maut selepas dikelar oleh seorang pencuri di sebuah pasar raya tempatnya bekerja, di sini semalam.
Menurut laporan Net Ease, mangsa melihat lelaki terbabit mencuri barangan di pasar raya berkenaan dan cuba bertindak untuk menghalang lelaki tersebut daripada meninggalkan pasar raya berkenaan.
Namun, kerana ketakutan, lelaki tersebut terus mengambil pisau dan mengelar leher jurujual berkenaan.
Wanita tersebut disahkan meninggal di tempat kejadian dan pasar raya berkenaan ditutup sementara untuk siasatan.
Lelaki tersebut kemudiannya berjaya ditahan di sebuah perkampungan di Zhanjiang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor