Shah Alam - Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini menyindir DAP, dengan mengatakan parti itu bertindak seperti perempuan.
Katanya tindakan DAP yang seolah-olah bermain tarik tarik, bukan bertindak seperti anak jantan.
“Sekali nampak macam yakin dan berani benar, tapi asyik tekan Pas sahaja, supaya putus hubungan dengan dia. Macam tak yakin pula nak lafaz cerai terhadap Pas.
“Saya jadi perasan DAP ini perempuan, Pas jantan la pulak. Perempuan tak sah lafaz cerai. Tu dok minta fasakh itu.,” katanya dilaman sosial Facebooknya.
Oleh itu, Abduh berkata adalah lebih baik DAP berterus terang dalam menyatakan hubungan parti itu dengan Pas.
“Come on la DAP.. jadilah jantan juga. Pilih, ‘be gentleman’, cool macam Pas atau berterus terang sahaja.. tolak Pas. Jangan buat perangai tak manis, kahwin bawa lari anak dara orang.. Tak pasal-pasal si anak dara @ Pasma tu kena kutuk,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor